EziJobSeeking Let's go!: Produk yang murah di Malaysia tapi orang luar jual di eBay dah enjoy untung besar gila!!

Wednesday, 21 June 2017

Produk yang murah di Malaysia tapi orang luar jual di eBay dah enjoy untung besar gila!!


Berakar di Malaysia, digilai di peringkat antarabangsa.


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua, apa khabar? 

Perkongsian kali ini diinspirasikan oleh pengalaman dan ilmu yang Tuan Zul Ariffin Maarof dah share dengan kami. 

Kami pun rasa rugi sangat sebab sebelum ni macam tak pandang pun produk ni tapi rupanya di Internet, di eBay, orang USA sendiri dah ambil kesempatan menjana pendapatan yang sungguh 'hensem' . 

Takpe, kita tak terlambat, kita masih boleh join. 

Apa yang kami bakal kongsikan ni, adalah antara produk hangat sepanjang zaman! 

*****

Klik gambar untuk besarkan. Nampak tak berapa ramai watching tu? Barang hot gila!!!!

Nampak tak produk apa tu? 

Tongkat Ali! Jap jap! Lagi sekali...Apa yang dijualnya tu? Serbuk tongkat Ali dalam paket kecil-kecil.

Setiap paket hanyalah 1 oz atau lebih kurang 28.3 gram.  Oz tu ounce atau auns.

1 oz = 28.3 gram.

 Penjual ni jual pada harga 9.95 USD untuk setiap 28gram. 

Pembaca tahu banyak mana 28 gram tu? Tahu instant coffee ke, instant milo tak? Ala yang 3 in 1 tu. Kebanyakannya dalam satu bungkus ada 15-20 paket kecil-kecil yang seberat 25-30gram tau. 

Haa....lebih kurang banyak tu lah 28 gram. Setiap paket-paket kecil dalam tu. Boleh lah buat 1 mug kopi.

Sekarang boleh bayang 28gram tu banyak mana? :)

Berapa dia jual? 

9.95 USD sepaket atau kalau convert ikut rate sekarang yang lebih kurang 1 USD = RM4.28... 

Maknanya... 9.95 x RM4.28 = RM42.59 untuk setiap 28 gram 😍 . 

Tapi sebelum kita buat pengiraan berapa jualan dan profit seller ni dah capai, kita checkout jap apa khasiat Tongkat Ali ni. 

Dari apa yang kami jumpa, ia berasal dari kawasan negara-negara Asia Tenggara terutamanya sekitar Malaysia dan Indonesia. 

Ia juga telah lama digunakan sebagai ubatan tradisional di kalangan masyarakat kita. 

Ada yang panggil Tongkat Ali ni sebagai jawapan Malaysia terhadap Viagra keluaran saintis negara barat.

Nama saintifik Eurycoma Longifolia. 

Kami percaya reaksi pasaran tempatan dan antarabangsa adalah bukti betapa berkesannya Tongkat Ali ni sebenarnya. 

Anda memang tak teringin ambil bahagian ke? 
Ok lah sekarang kita cuba bedah berapa seller ni dah enjoy. 
Kami pasti, para pembaca tahu betapa mudah dan murahnya untuk mendapatkan Tongkat Ali di Malaysia. 

Silap-silap ada di antara pembaca sendiri merupakan pencari herba ataupun ada di antara pembaca yang mengenali pembekal-pembekal tempatan yang boleh bekalkan Tongkat Ali dengan harga yang murah.  
Ini antara yang kami jumpa
Kita kira, harga pembekal di Malaysia, RM25 untuk 200gram. 

Maknanya 1 gram =  RM0.125 ataupun 12.5 sen.

 Jadi untuk 28gram, anda hanya perlu bayar kepada pembekal sebanyak

 28 x 0.125 = RM3.54 . 

Hahaha kami pasti pembaca sendiri terpegun kan? 

Dengan modal RM3.54/oz, seller eBay ini dah berjaya menjual dengan harga $9.95 per oz sebanyak 681 paket! 

Modal 1 oz (28gram) serbuk Tongkat Ali, setelah di convert ke USD: $0.83 .
Modal untuk pos: $1.8

Jualan 1 oz (28gram): $9.95

Customer bayar pos (kami check rate untuk pembeli di USA): $2.77

Yuran ebay: $1.27 (boleh guna calculator di eBay 😃)

Yuran paypal: $0.67

Keuntungan bersih seunit atau sepaket yang seberat 28gram:

($9.95 + $2.77) - ($0.83+$1.8+$1.27+$0.67)

= $12.72 - $4.57 

= $8.15 @ RM34.88 !!!! untung bersih untuk sepaket yang hanya seberat 28gram.

Seller ini dah jual sebanyak 681 paket!! 

681 paket x RM34.88 = RM 23,753.28 untung bersih!!! Kiraan kami ni dibuat pada ketika kadar tukaran USD kepada RM lebih rendah daripada awal tahun tau. 

Hanya dengan menjual serbuk Tongkat Ali sahaja anda sudah mampu meraih pendapatan sebanyak RM 23,753.28 secara sampingan sahaja. 

Ada banyak lagi tau produk berasaskan Tongkat Ali di eBay. 

Kami kongsi yang ini sebab ia terlampau-lampau mudah. Produk berasaskan herba-herba lain punnnn ada. 
 
Silap hari bulan anda mungkin boleh meninggalkan pekerjaan utama anda dan jadikan bisnes di eBay ini sebagai sumber pendapatan utama anda.
Sebenarnya banyak barang sumber alam di Malaysia ini yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara sana. 

Apa yang kami share ni baru sikit sangat. 

Pembaca akan jumpa lagi dan lagi dan akan terlintas di minda.."kenapalah aku tak buat lagi ni.."

Kalau tidak, tak mungkinlah ketika zaman kesultanan Melayu Melaka, penjajah sanggup merantau ke Melaka untuk mendapatkan rempah ratus dan pelbagai sumber di Tanah Melayu. 
Anda boleh jadikan idea ini sebagai bisnes yang mudah di buat di eBay! 

Selamat Mencuba! 




*****

Follow twitter ezijobseeking untuk updates berkenaan kerja kosong di serata Malaysia dalam pelbagai sektor industri!  
 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh email kami di ezijobseeking@gmail.com , atau pm kami di FB page kami, atau tinggalkan komen di bawah :) .  Team kami akan melayan sebarang persoalan. 

No comments:

Post a Comment