EziJobSeeking Let's go!: 2017-05-21

Wednesday, 24 May 2017

Cara Nak Berniaga di Ebay Secara Dropship hanya dari Aliexpress: Part 16.





Nak tahu bagaimana dengan kemudahan yang ada di Malaysia sekarang anda boleh jadi dropshipper untuk Aliexpress? 

Pelanggan anda seluruh dunia tau! Jom belajar langkah-langkah awal :) .

Artikel ini telah ditulis sendiri oleh Tuan Zul Ariffin Maarof. Baca perlahan-lahan dan hadamkan :) .

Untuk sebarang pertanyaan, boleh email kami di ezijobseeking@gmail.com , atau pm kami di FB page kami, atau tinggalkan komen di bawah :) .  Team kami akan melayan sebarang persoalan. 






*****


Artikel kali ini saya nak kongsikan kepada anda cara mudah berniaga di ebay secara dropship dengan menggunakan aliexpress sebagai sumber supplier.

Walaupun ianya dikata mudah, tapi masih ramai lagi tak nampak peluang ini, so saya terpanggil untuk kongsikan teknik ini untuk membantu usahawan-usahawan kecil SME memulakan perniagaan dengan kos yang minima secara online tanpa menyimpan stok.


Bagaimana caranya?


Langkah 1 : Perlu daftar akaun secara percuma di 
 website Aliexpress



 
Daftar di www.aliexpress.com dan click join free








Website aliexpress bukanlah dimiliki oleh seorang supplier, tetapi ianya adalah 1 platform untuk memasarkan segala macam produk oleh beribu suppliers.

Kaedah bayaran adalah menggunakan kad kredit ataupun kad debit.

Jangan risau aliexpress seller adalah trusted sellers, diorang ni semua profesional dan jika barang anda beli tak sampai, mintak je refund semula or open case di aliexpress.

Pihak aliexpress akan hold duit seller di aliexpress sehingga anda terima barang yang anda beli.

Setakat ni saya beli untuk kegunaan sendiri dan jual di ebay guna website aliexpress, tak pernah lagi kes seller tak post barang.

Kalau waktu christmas barang sampai lambat dan kadang-kadang tak sampai tu pernah la.

Kalau bulan biasa setakat ni saya tak pernah lagi hadapi masalah seller di aliexpress menipu.

Bagaimana nak daftar sebagai dropshipper di aliexpress?

Penjual di aliexpress telah sedia maklum, jika anda nak menjadi dropshipper untuk jual di ebay, caranya mudah sahaja.


di ruangan check out setiap barangan yang anda beli, hanya perlu letakkan alamat customer yang anda berjaya jual barang di aliexpress.

tak perlu untuk anda contact seller dan maklumkan kat diorang ni anda nak jadi dropshipper. Jalan jer terus, nanti dah beli letak je alamat customer.

Untuk beli kegunaan diri sendiri pula, anda letak alamat diri anda sendiri di aliexpress. semudah ABC. itu sahaja.





Ok sekarang ni persoalan seterusnya macam mana nak start

jual kat ebay?



Langkah 2 : Cari produk yang berpotensi di ali 

express untuk anda iklankan di ebay



Ok merujuk post saya sebelum ini, jika anda sudah ada akaun ebay dan paypal yang sudah verified, (boleh rujuk di sini jika masih belum ada akaun lagi) akan muncul di minda anda....

apa nak jual dekat akaun ebay anda.

Betul tak?


Kalau anda tak tahu nak jual apa di ebay, pilih sahaja barang-barang yang terdapat di aliexpress yang terlintas di fikiran anda dan dapatkan supplier di aliexpress untuk anda iklankan di ebay.

Ok sebagai contoh saya bagi casestudy barang ini:

Flippin pancake atau bahasa mudahnya alat nak buat lempeng la.

So cari barang ini di aliexpress, dah hasil dari carian terdapat sebanyak 297 iklan yang menjual barang ini.

Anda hanya perlu pilih mana-mana iklan barang ini yang terdapat di aliexpress untuk dapatkan gambar yang sesuai.

Tak perlu untuk anda beli dahulu.dapatkan gambar je dulu.






Contohnya saya memilih supplier ini:




Harga datang adalah sebanyak USD3.57 dan kos shipping yang dikenakan adalah free shipping.

Saya memilih supplier ini sebabnya seller ni ada history banyak order yang telah dibuat oleh buyer yang sebelum ini.

Biasanya ramai orang order dengan seller ni, dia ada history feedback yang banyak, so dari situ kita dapat baca macam mana kualiti barang dia dari feedback buyer yang lepas.

So, lepas dah dapat barang apa yang nak jual maklumat yang perlu anda dapatkan adalah berapa harga dia jual, berapa kos shipping, berapa lama tempoh sampai ke USA, dan gambar-gambar yang menarik untuk anda copy dan upload di akaun ebay anda.

So anda perlu kira berapa harga nak jual dengan melihat pesaing-pesaing anda di ebay untuk dapatkan berapa harga yang boleh di jual.

Anda perlu kira berapa fees yang akan ditanggung oleh anda setelah barang yang anda iklankan ini terjual di ebay. Jangan sampai rugi la. Nanti kang tak dapat untung. Hehe.

Ok, paham tak setakat ni?

Langkah 3 : Listing di Akaun ebay secara format Buy it now or Auction

 
ni saya tunjuk antara seller yang berjaya jual barang ni secara buy it now

Harga jual di ebay USD9.95



Harga datang baru USD3.57 jer




Harga supplier di Aliexpress USD3.57



Macam mana nak kira untung bersih anda dapat?


Boleh gunakan website ni Ebay Profit Calculator




So seller ni punya sale adalah 9.95 x 39 unit = USD388.05 = RM1666++


Profit bersih seller ni dapat ialah 4.8 x 39 unit = USD187.2 =RM804++
Margin profit dia 48% untung atas angin macam tu jer.

Takde simpan barang, orang tak tahu pun dia buat bisnes di ebay, dan yang

paling best boleh buat benda ni secara part time jer.


Langkah 4 : Place order barang yang terjual di aliexpress

Setelah barang yang anda iklankan di ebay terjual, terus cepat-cepat buka website aliexpress dan cari semula supplier yang telah anda ambil gambar dari dia untuk place order.

Proses order biasanya mengambil masa 1-3 hari, selepas siap order, dapatkan tracking number jika ada, dan upload di akaun ebay anda.

Itulah yang kebanyakkan seller malaysia buat untuk menjual di ebay.

Bisnes secara dropship, dengan kos yang paling minima, dan takde mengeluarkan sebarang kos marketing seperti fb ads, instagram ads, penat melayan karenah whatsapp dengan pelanggan, pm pm pm facebook last last krik..krik..krik

Kat ebay, customer bayar je terus dan jarang dia tanya bila nak pos barang dan sebagainya.

Semuanya ebay dah tolong uruskan.

Tugas anda cuma proses order secepat mungkin di aliexpress bila barang terjual kat aliexpress.

Mudah kan?

So saya harap perkongsian yang simple ini membuka minda dan mata anda untuk berikan peluang pada diri anda sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru

Tak salah pun untuk mencuba.

kalau bisnes jenis ini sesuai dengan jiwa anda, cubalah praktiskan apa yang sy dah kongsikan ni, saya tak mintak apaa-apa royalti pun, anda buat anda dapatlah income tambahan.

Kalau tak jadi, atleast anda dapat ilmu ni secara percuma dan tahu macam mana orang malaysia yang buat dropship kat ebay ni beroleh keuntungan.

Kalau dah baca artikel ni jangan lah semua sibuk listing barang ni (yang sama) kat ebay ye.
 



Nanti kang masing-masing sibuk buang harga sampai takleh nak jual barang ni..last-last saya jugak yang dipersalahkan sebab pesaing di ebay ni semakin bertambah.


Terutamanya "otai-otai ebay" lah yang marah. Ape nak takut, setiap manusia ni kan Allah memang dah janji dijamin rezekinya, jangan takut pesaing, ebay tu luas pasarannya ;) .


Ada beratus ribu produk di aliexpress.




Pilih je mana barang nak jual, kalau tak pandai pilih buatlah research sikit study barang-barang yang telah terjual oleh seller-seller ebay


Kalau tak tau nak buat research, gali lagi ilmu, belajar belajar dan terus belajar.

Mana ada benda mudah nak dapat kan.

Mesti kena usaha. Anda belajar sampai degree, master dan PhD pun bila dah dapat sijil bukan terus bulan-bulan dapat gaji kan?

Kena kerja tiap-tiap bulan baru dapat gaji, waktu mula kerja tu pun kena belajar lagi, sebab waktu belajar nak dapatkan sijil tu kebanyakkannya takde praktiskan pun waktu dah bekerja.


Normal beb. Tu lumrah alam. Lumrah kehidupan sekarang,


Ok lah, setakat tu je perkongsian saya kali ni, kalau anda nak belajar lebih lanjut macam mana nak buat research kat ebay ni, nak listing kat ebay cara betul, saya ada sediakan panduan yang 99% lengkap untuk anda laburkan


Zul Ariffin Maarof


Ebay Intelligence Academy

Level 3, 33B Jalan Universiti 4

Taman Universiti Parit Raja
86400 Batu Pahat

Johor




*****

 


Follow twitter ezijobseeking untuk updates berkenaan kerja kosong di serata Malaysia dalam pelbagai sektor industri!  

Untuk sebarang pertanyaan, boleh email kami di ezijobseeking@gmail.com , atau pm kami di FB page kami, atau tinggalkan komen di bawah :) .  Team kami akan melayan sebarang persoalan. 





Tuesday, 23 May 2017

Perkara Asas Belajar Bisnes Ebay: Ebay part 15


Kami dapat banyak soalan macam di bawah ni:

 
Saya teringin nak menjual di eBay tapi saya kurang faham dan saya perlukan panduan.

Di dalam masa terdekat (hari update: 02 Julai 2017), Team Ezijobseeking akan mengeluarkan video untuk menerangkan secara ringkas apa yang Tuan Zul buat dalam artikel terdahulu tentang bagaimana dia menyelesaikan hutang kad kredit dan juga asas ebay. 

Sementara itu luangkan masa baca artikel di bawah ya. 

Artikel ini ditulis sendiri oleh Tuan Zul Ariffin Maarof untuk kemudahan pembaca semua :).

Baca perlahan-lahan.


Untuk sebarang pertanyaan, boleh email kami di ezijobseeking@gmail.com , atau pm kami di FB page kami, atau tinggalkan komen di bawah :) .  Team kami akan melayan sebarang persoalan. 


Perkara Asas Ebay

Apa yang perlu new seller tahu untuk Belajar Bisnes Ebay?

Saya mendapat banyak soalan terutamanya dari new seller yang masih belum faham macam mana proses jualan boleh terjadi di ebay.

Ini antara soalan yang sering ditanya :



Bagaimana hendak bermula untuk menjual di ebay?

Berapa modal permulaan untuk berniaga di ebay?


Jika tak mahir berbahasa inggeris boleh ke berniaga di ebay?


dan banyak lagi.



Ok baik. Saya harap artikel kali ini membantu para peniaga ebay yang masih baru nak menceburkan diri berbisnes di ebay dapat faham dengan jelas macam mana nak bermula.

Perkara Asas Sebelum Berniaga di Ebay

 




Untuk memulakan bisnes di ebay, anda perlu ada 5 perkara asas seperti di bawah:



1. Laptop/Komputer


Ini perkara paling asas yang perlu ada. cukup dengan laptop yang murah-murah je pun dah boleh, yang penting ada internet browser seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox.

Saya lebih galakkan guna Mozilla Firefox sebabnya ianya lebih stabil. Kedua, saya lebih suka guna Windows 7 sebabnya ianya stabil dan boleh create banyak userwindows.

Tapi takde masalah jika anda guna Google Chrome dan Windows 7 ke atas, yang penting anda ada laptop yg boleh buat kerja untuk berniaga di eBay.

Windows 8, Windows 10 pun masih boleh create multiple user windows untuk siapa yang ada banyak akaun ebay.

Untuk anda yang masih baru nak berjinak-jinak, cukup ada 1 akaun ebay dulu.

Nanti kang pening kepala, steady. Jangan gelojoh.hehe




2.Internet


Dah ada laptop, mesti kena ada internet, untuk pemain ebay yang menggunakan multiple akaun ebay, saya sarankan untuk menggunakan internet broadband/ hotspot dari hp.

Saya tak galakkan untuk guna internet Streamyx dan Unifi / internet public, sebabnya ianya berisiko untuk anda bercampur dengan IP address yang sama pada akaun eBay orang lain.

Jika anda yakin memang internet Streamyx di rumah atau public tu takde orang connect eBay selain diri anda sendiri, ya boleh..dipersilakan.



 

3. Kad debit/ Kad kredit


Di ebay, perkara ke 3 perlu anda ada ialah kad debit/ kad kredit. Kad debit boleh digunakan apa-apa shj kad asalkan ianya ada logo master/visa.

Kad ini penting untuk anda daftar di paypal untuk withdraw duit ke akaun bank anda, dan tujuan ke dua adalah untuk anda bayar seller fees di ebay apabila mendapat jualan di ebay.





4. Simkad

 

Perkara ke 4 yang wajib anda ada ialah simkad untuk daftar no hp anda di ebay dan paypal.

Ebay / paypal kadang-kadang akan hantar kod / call untuk pengesahan identiti diri anda. So nak berniaga di ebay untuk new seller wajib ada no hp.





5. Modal Pusingan

 

Berniaga di ebay, tiada sebarang kos marketing dikeluarkan, ini kerana kita akan menggunakan sepenuhnya trafik sedia ada yang terdapat di website ebay.

Untuk pengetahuan anda, di ebay, trafik sangat-sangat tinggi dan conversion juga sangat tinggi.

Jika anda mendapat 10 view shj, sudah cukup untuk membuatkan barang anda terjual di ebay.

Trafik yang ada di ebay kebanyakkannya adalah orang yang memang dah sedia untuk membeli, bukan seperti di Facebook.

Modal yang perlu anda ada adalah subjektif. Bergantung pada jenis barang yang anda jual, modal utama ialah “knowledge”.

Modal kedua sebagai permulaan cukup dengan modal dalam lingkungan RM50 -RM500. sebab untuk akaun ebay yang masih baru, yang tidak ada sejarah pernah menjual barang lagi, ebay akan hold duit anda yang masuk ke dalam paypal anda.

So anda perlu dulukan duit untuk bayar barang yang anda jual kepada supplier dropship anda.

Pastikan jika anda new player yang bermain multiple akaun, simkad dan kad debit tak boleh berkongsi dengan akaun-akaun ebay anda yang lain



Apa yang perlu di buat selepas dah ada 5 perkara ini?


1. Create akaun gmail


sebelum nak daftar di ebay, anda perlu ada akaun emel yang baru.

Saya galakkan gunakan gmail sebabnya ianya mudah, selain dari gmail, yahoo pun boleh. Takde masalah.


Yang penting anda gunakan akaun emel yang awam, bukan dari company anda bekerja atau tempat belajar anda.

Nanti dah habis belajar atau dah tak kerja ianya susah pada masa akan datang
 

2. Daftar di www.ebay.com.my






Dah ada emel, anda perlu daftar di ebay.com.my untuk buat akaun menggunakan emel yang baru anda create di step satu.

Kenapa kena daftar di ebay.com.my?

Kalau daftar di ebay.com tak boleh ke?

Walaupun anda daftar di ebay.com, jika ip address anda (broadband) yang digunakan adalah server dari Malaysia, anda tetap akan redirect ke ebay Malaysia.

Nanti dah ada akaun ebay Malaysia nak menjual di ebay.com (USA) log in je gunakan ebay ID / emel anda daftar tu di ebay.com
 


3. Daftar di www.paypal.com/my

 






Ini langkah ke 3 yang perlu anda buat sebelum berniaga di ebay.

Anda wajib ada akaun paypal untuk membuat transaksi jual dan beli di platform ebay.

Anda perlu sign up akaun paypal
 cukup hanya dengan memilih “Buy with Paypal” untuk ada akaun paypal yang basic.

Akaun jenis ini sudah cukup untuk anda memulakan bisnes ebay dari rumah sahaja.


3.Link akaun ebay & Paypal

Setelah selesai daftar akaun ebay dan paypal, anda perlu link kan akaun ebay dan paypal anda yang baru create tadi.

Baru boleh anda menggunakan akaun ebay anda untuk berniaga dan paypal untuk menerima wang bayaran atas setiap jualan yang berjaya anda buat di ebay.


 

4.Verify akaun paypal dan update seller fees (create ebay seller account)

 Langkah seterusnya anda perlu verify akaun paypal anda. nak verify paypal akaun ada 2 cara,

1. submit document yang diperlukan ke paypal

2. Tolak RM10 dari akaun bank masuk ke dalam akaun paypal anda

saya sarankan guna cara ke 2 kerana ianya lebih mudah.

Selepas selesai verify paypal, anda perlu create ebay seller account dengan cara pergi ke akaun ebay anda dan update automatic ebay seller fees.

selepas selesai ke dua-dua perkara ini baru anda boleh memulakan bisnes di ebay


Nota :

verify paypal : Cas RM10

update ebay seller fees : Cas RM3

 


1.pastikan dah buat activation of international online purchase
2. Dah Activate overseas purchase

Anda boleh update di atm machine/ online bank in / call customer service bank


Ok, ini adalah perkara yang paling asas untuk anda memulakan bisnes di ebay. anda perlu melakukan ke semua perkara di atas. selepas itu, baru anda boleh memulakan bisnes di ebay.

Banyak lagi yang perlu anda belajar, terutamanya topik :


1. bagaimana nak cari supplier


2. Bagaimana nak membuat kajian produk


3. Bagaimana nak membuat iklan di ebay secara optimize


4. dan banyak lagi.


 

 

Bila waktu yang terbaik untuk anda

memulakan bisnes di ebay?







 

Waktu terbaik adalah 10 tahun dahulu. tapi mustahil untuk anda undurkan masa.

Waktu ke dua terbaik untuk memulakan bisnes di ebay, adalah sekarang!

So 5 tahun, 10 tahun akan datang anda tidak akan menyesal lagi sebab telah memulakan langkah membina bisnes di ebay waktu sekarang!

Saya taknak terlalu mengaburi mata anda dengan duit. Sebabnya tujuan artikel saya ini adalah untuk berkongsi ilmu dan memberi kesedaran kepada anda peri pentingnya kita perlu ada bisnes sendiri.

Dengan gaji yang tak naik-naik, dengan kos sara hidup yg semakin meningkat setiap bulan, dengan hutang yang tak habis-habis lagi nak bayar, agak mustahil untuk anda dapat selesaikan semua masalah ini dalam masa 2 tahun-5 tahun kecuali anda jadi boss untuk diri anda sendiri, generate sendiri berapa gaji yang anda nak setiap bulan, tentukan sendiri berapa income yang perlu anda dapat tiap-tiap bulan





senang kata anda perlu jadi BOSS!

 

 





 

Ini adalah antara akaun ebay yang dah lama saya tinggal tanpa perlu untuk saya monitor setiap hari. ianya memberikan pendapatan yang pasif kat saya setiap bulan.




Walaupun tak banyak, tapi cukup untuk tampung kehidupan saya sebagai seorang pelajar dan cukuplah untuk buktikan yang apa saya ajar ini adalah real dan proven case study.

Bukan saya reka-reka cerita atau omong-omong kosong.






Apa yang saya ajarkan di blog ini adalah sepenuhnya proven case study untuk anda pun turut belajar,

jika anda ada modal, kat bisnes mana yang perlu anda laburkan??

Jawapannya adalah dekat diri sendiri! Iaitu belajar mencari ilmu, dengan ilmu hidup anda akan jadi lebih baik dari semalam. Dengan ilmu juga akan meningkatkan kualiti hidup anda, skill anda, dan skill mencari duit anda,

Jika saya boleh, anda pun boleh, sesiapa pun boleh. Tidak ada apa-apa perbezaan antara kita.

Saya cabar diri anda, untuk buktikan tahun 2017 adalah tahun untuk anda memulakan bisnes online ebay anda!






Only sky is the limit!


Saya harap apa yang saya kongsikan dalam artikel ini akan membuka minda dan memberikan sedikit inspirasi untuk bantu anda tambah pendapatan sampingan. Jika anda nak belajar bagaimana nak hasilkan duit online secara separuh masa/ sepenuh masa dengan modal yang sangat-sangat rendah. eBay adalah jawapannya!


Yang Benar,

Zul Ariffin Maarof

CEO Ebay Intelligence Academy







Follow twitter ezijobseeking untuk updates berkenaan kerja kosong di serata Malaysia dalam pelbagai sektor industri!  
 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh email kami di ezijobseeking@gmail.com , atau pm kami di FB page kami, atau tinggalkan komen di bawah :) .  Team kami akan melayan sebarang persoalan. 




Bagaimana lelaki ini berjaya membayar hutang kad kredit lebih RM10,000 dalam masa 3 minggu?!....Anda pasti mahu turuti jejak langkah beliau.

UPDATE 24 JULAI 2017: TERDAPAT INFO PENTING DI AKHIR ARTIKEL INI. TAWARAN UNTUK MASA YANG SANGAT TERHAD. KAMI BERHARAP PEMBACA BACA BETUL-BETUL YA. KERUGIAN YANG SANGAT BESAR KALAU PEMBACA TERLEPAS TAWARAN INI. 



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Kami dari team Ezijobseeking (baca Easy Job Seeking - pencarian kerja yang dipermudahkan) mempunyai matlamat untuk membantu masyarakat Malaysia dalam mencari sumber pendapatan baik sebagai pekerja mahupun melalui keusahawanan sama ada melalui pendedahan kepada peluang pekerjaan secara terus, ataupun peluang mendapatkan ilmu secara sistematik dan dipercayai dan terbukti.

Untuk pos pertama, Admin dari team Ezijobseeking tertarik untuk berkongsi berkenaan sahabat merangkap Guru/Mentor Admin, yakni Tuan Zul Ariffin Maarof yang telah berjaya menemui dan mendapat manfaat yang sangat besar dari salah satu 'lubuk' untuk menambah pendapatan yang agak baru bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

Apa yang kami gembar gemburkan dari iklan-iklan bukan sekadar drama. Tapi memang betul-betul berlaku!
Kami rasa apa yang kami nak sampaikan ni memang sangat tepat dengan keperluan semasa.

Tambahan pula dengan bebanan ekonomi yang makin lama makin meningkat, kita semua perlu mencari cara untuk terus hidup dengan selesa.

Selesa dari segi kewangan dan yang paling penting, selesa dari segi rohani dan emosi.




Tuan Zul Ariffin Maarof, menggunakan bisnes online untuk mengatasi masalah-masalah kewangan yang pernah beliau hadapi sebelum ini.

 Tetapi beliau menjalankannya di peringkat antarabangsa.

 Secara khususnya eBay. Anda akan terkejut apabila mengetahui betapa mudahnya untuk anda sendiri menjual di peringkat dunia!

Sudah lebih 8 tahun beliau melakukannya. Tapi macam mana dia buat dan apa dia jual?

Hehe, Ok, selamat membaca! Baca sampai bawah. Perubahan memerlukan kesungguhan!

*****


 Alkisah...
Ceritanya macam ni….
Tahun lepas 2016 adalah tahun yang penuh suka duka dan ujian.
Selepas saya berkahwin pada tahun 2015, saya berpindah menetap di rumah sendiri di Parit Raja Batu Pahat, Johor.
Yelah, orang dah kawin takkan nak menumpang dekat rumah mak ayah macam tak sedap pulak. :p
So, lepas saya masuk rumah, ada baki duit sikit lagi lepas kahwin dan lepas settle down semua barang-barang rumah, saya bincang dengan wife saya untuk bukak kedai makan.
Saya cakap, “syg abg nak bukak restoran nasi baryani, kat parit raja ni abg tak nampak lagi nasi baryani. Ni peluang kita untuk masuk market supply nasi baryani kat orang ramai yang nak makan.. kalau nak pergi ke bandar jauh. lagipun nasi baryani resepi kita ni boleh jual. Insyaallah orang datang lagi nak makan.”
Selepas berkira-kira atas kertas, tambah tolak gitu gini, modal nak buka kedai adalah dalam RM100 ribu, so lepas dah ada keputusan, saya pun invest masuk kedai rennovate dan beli peralatan barang kedai.
Untuk pengetahuan anda, saya tak menggunakan sebarang pinjaman. Duit yang ada untuk buka kedai sepenuhnya dari duit baki kahwin saya yang saya kumpul dari bisnes online dan bisnes di Ebay. Kebanyakkan sumber rezeki saya tu dari Ebay lah.
Kalau nak harapkan duit biasiswa PhD bulan-bulan RM2,000 memang sejujurnya tak cukuplah nak buat kahwin, bukak kedai, bercuti, beli kereta dan macam-macam lagi.
So hajat saya sebelum saya habis PhD nak ada bisnes offline dah tercapai. Alhamdulillah.
Tapi malangnya, selepas kedai dah buka, duit deposit kedai sahaja dah dekat RM15k. Belum lagi beli peralatan barang-barang kedai, wyring, dan rennovate.
So saya dah mati akal. Bajet RM100k sahaja. Tapi duit dah tak cukup. So saya try lah cari modal sana sini. Mak saya nampak saya susah hati, mak bagilah pinjam sikit duit dalam RM5K. Tapi masih tak cukup lagi.
So saya ambil jalan mudah dengan apply kad kredit Maybank. Orang bank mintak saya submit dokumen sokongan slip gaji dan sebagainya. Saya cakap saya takde slip gaji, saya cuma ada elaun biasiswa sahaja.
Tapi, bank proses juga permohonan kad kredit saya dengan menggunakan statement bank akaun syarikat saya, Mama Baryani House.
Alhamdulillah, selepas 2 minggu permohonan kad kredit saya berjaya dengan maksimum limit bank bagi RM9000. Saya bajet bank bagi RM4000 je, tapi dia bagi lebih dalam hati cakap bagus jugak. Hehe ๐Ÿ˜…
Bermulalah perangkap kad kredit….
Tanpa saya sedar segala perbelanjaan saya menggunakan kad kredit telah menghampiri limit. Walaupun ada cash, tapi masih nak guna kad kredit untuk jimat duit cash kononnnya.
Tapi, lama-kelamaan kad kredit saya memerangkap diri saya sendiri. Duit cash semakin berkurangan. Dan hutang kad kredit pulak makin bertambah banyak.
Sales kedai pulak waktu tu dah jatuh. Sebab sy dah tak buat promosi gila-gila. Duit kedai hanya cukup untuk rolling beli stok bahan basah, bayar utiliti dan bayar gaji pekerja.
Saya mati akal. Otak mula kusut. Hati mula bimbang, jiwa mula serabut, sebab dibebani hutang kad kredit.
Dalam hidup saya, memang saya benci dengan hutang, waktu dulu mula saya buat degree saya dah cari jalan untuk selesaikan hutang PTPTN saya, memang saya dah nekad dalam hidup taknak ada hutang dari bank langsung.
So hutang kad kredit ni buat kepala saya kusut.
Fitrah manusia, bila serabut dan susah dia akan balik semula ke pangkal jalan dengan meminta kepada yang Maha Kuasa. Saya pun bentang sejadah sembahyang sunat mintak betul-betul kat Allah malam-malam, untuk berikan ilham kat saya keluar dari masalah hutang saya ni.
Saya doa mintak betul-betul “Ya Allah Kau bebaskanlah aku dari hutang kad kredit ni. Kepala aku dah kusut, tunjukkan jalan keluar dan berikanlah aku ilham untuk keluar dari masalah ni.”
Lepas sembahyang. Hati saya tenang sikit.. Saya pun tiba-tiba dapat idea untuk bukak semula akaun-akaun Ebay saya yang dulu banyak membantu saya kumpul duit kahwin.
Dengan berbekalkan sedikit ilmu research yg saya dah di train cara buat research waktu buat PhD, sy mula aplikasikan teknik Research PhD dengan mengkaji cara mengenalpasti jualan produk yang ada demand tinggi di ebay…
Dan saya tiba-tiba dapat idea tentang orang Israel..
Orang Israel ni takde tanah, takde negara, populasi paling sikit kat dunia. Tapi macam mana dia boleh control dunia. Macam mana boleh ekonomi dunia ni dia yang pegang.
Saya pun kaji lah barang-barang yang orang Israel jual. Saya percaya, dengan negara dorang yang memang takde, tak mungkin dorang boleh jual barang dari negara sendiri terutama kalau seller-seller baru. Tentunya dorang akan pakai konsep bisnes dropship.
Tiba-tiba dalam proses pencarian tu, saya dapat lagi ilham untuk mencari barang trending yang orang cari. Dan barang-barang trending ni saya gabungkan dengan seller Ebay dari Israel iaitu siapa seller Israel yang jual barang trending ni.
Dari pencarian barang trending ni saya tengok kat facebook trending, website reddit.com dan Google keyword trend, ciri-ciri item trending ni indicator yg saya tetapkan tu mestilah ada 2 ciri:
                          ๐Ÿ‘Barang ni tak vero
      ๐Ÿ‘Kelajuan untuk jual barang ni mestilah lebih 10 unit dalam masa beberapa jam

Hasil pencarian ni ambil masa 3-4 jam jugalah nak buat research akhirnya saya jumpa.
Saya fikir saya taknak dedahkan, saya nak makan dulu teknik ni smpai bila-bila. Tapi semalam saya terbaca satu post di facebook.
Hati saya cukup tersentuh. Sebabnya dia baru je beli Ebook Pre-launch saya. Dan dia post bagitau, anak dia sakit, sape ada duit boleh bagi pinjam untuk hantar anak ke klinik. (saya tak like dan saya tak komen apa-apa. Cuma sy terpanggil untuk cari jalan nak bantu dengan ilmu yg sy ada.)
Dan saya terdiam, saya rasa macam nak pulangkan semula duit dia. Tapi saya buat macam tu cuma dapat tolong sementara sahaja. Tak mampu nak tolong untuk selama-lamanya bantu ekonomi dia.
Saya tau, kat luar sana lebih ramai lagi yang tertekan dengan masalah kewangan dan harga barang yang semakin melambung tak pernah turun. Sebab itulah saya spend masa saya untuk tulis jugak buat artikel ni.
Ada juga yang pm sy di Facebook cakap nak bunuh diri. Aduh! Begitu tertekannya kehidupan sekarang ni. Tanpa iman tak mungkin kita dapat bertahan.

Tapi sejujurnya kalau anda player Ebay, anda takkan mungkin dedahkan barang apa yang anda jual. Sebab tu adalah periuk nasi anda. Takut-takut nanti seller lain akan jual dan sailang harga anda.
Tapi saya dah nekad nak dedahkan jugak atas niat biarlah orang pun boleh buat macam ni jugak. Boleh bantu ekonomi diri sendiri dan family.
Ok. sy rasa dah panjang sangat sy membebel. Saya cerita terus hasil dari kajian saya tu.
Ini barangnya. Sushi maker Sushezi Bazooka. Jualan barang ini lah yg telah membantu saya menyelesaikan masalah hutang kad kredit saya, iaitu dengan hanya menggunakan dropship sahaja.
Ini seller cina. Dia jual USD4.99

Ini seller Israel. Dia jual USD22

Ini pulak adalah harga supplier dari www.aliexpress.com

Kita kira dulu berapa profit bersih dari seller Israel ni. Profit bersih $14.07

Profit bersih $14.07 x 150 unit = $2100.50 = RM9388.
Ok ni listing saya pulak..

Listing saya mendapat 325 viewed per day. Sebab barang trending.. Saya tunjukkan bukti berapa banyak sold.

Lebih 300 unit sold dan hasil dari jualan ini menyebabkan sy mendapat reward dari ebay reward yang tertinggi iaitu top rated seller + power seller di ebay. Alhamdulillah.

Ini screenshot yang sempat saya rakamkan sebagai casestudy untuk anda. Duit yang saya withdraw dari paypal ke akaun bank.

Ini adalah screenshot duit yang dah clear masuk ke akaun bank..






Hasil profit dari 1 akaun ini ialah RM14,145.75, Belum termasuk sekali dengan hasil dari akaun-akaun Ebay yang lain..
Kalau withdraw ke akaun bank ambil masa 2-5 hari bekerja. Manakala withdraw ke kad instant terus masuk ke akaun bank. Sebab tu anda nampak kat screenshot paypal to ada dalam USD dan RM. Withdraw ke kad ni rugi sikit la kena tolak 5usd setiap kali transaksi tapi anda dapat duit instant.
Ada juga duit dari paypal yang saya tak withdraw tapi saya jual je pada sapa-sapa yang nak.
Ok, so macam mana saya buat?
Caranya mudah sahaja. Nampak macam simple tapi tak simple jugak sebenarnye kalau anda tak faham.
Caranya macam ni.
Langkah #1:
Anda cari produk-produk yang trending di www.reddit.com. Luangkan masa sikit baca apa yang trending dan yang tak trending.
Anda tau apa website ni? Saya pun tak tau. hehe. Yang saya tau website ni macam forum la. Cuma website ni mempunyai trafik yang sangat tinggi di usa.


Dari website ni anda perhatikan topik yg mendapat hits tertinggi dan cubalah luangkan masa sikit baca apa yang tengah di borakkan oleh forumer di sana.
Selain itu juga anda boleh kaji dari facebook tengok apa yang topik tengah trending pulak di USA

Langkah #2:
Setelah anda dah jumpa barang yang hot. Cuba lakukan carian di Ebay pulak. Tengok ada tak produk yang anda kaji tu ada demand yang tinggi di ebay.
Ciri-cirinya:
                       ๐Ÿ‘‰ Barang tu mestilah terjual dengan sangat laju dalam masa 1 jam, dalam masa 24 jam,   atau lebih 10 unit terjual sebulan.
                         ๐Ÿ‘‰Barang tu anda boleh dapat supplier dari aliexpress.com untuk buat dropship. 
                         ๐Ÿ‘‰Barang tu tak vero. Anda boleh jual dalam kuantiti yg banyak.


Langkah #3:
Kalau dah jumpa 3 ciri-ciri kat langkah 2 tu apalagi cepat-cepatlah listing di ebay. Setting harga sama or lebih tinggi. Anda jangan risau, walaupun anda letak harga lebih tinggi, InsyaAllah akan ada buyer yg beli dari anda.
Rezeki Allah ni luas. Ada buyer dia takut nak beli barang yang harga murah sangat.
Ada juga buyer yang lebih suka beli barang murah walaupun kualiti kurang asalkan dia dapat dengan harga murah.
So, dari situasi ini sebagai penjual, insyaAllah barang anda pasti akan terjual.
Ini lah yang sy buat untuk menyelesaikan masalah hutang kad kredit saya.
Jika anda pernah menggunakan Facebook dan Instagram sebagai platform untuk menjual barang, kalau anda tanya saya mana lebih mudah, jawapan saya mestilah Ebay.
Kenapa?
Sebabnya ebay ni anda tak perlu pandai mengayat, tak perlu pandai ayat copywriting yang hebat-hebat, tak perlu buat split test, tak perlu layan whatsaap dan pm yang kadang-kadang orang suka tanya-tanya jer tak beli.
Anda tak perlu buat semua tu. Penat. Serius penat. Saya dah rasa dulu. Sampai bini tegur "Hai bang…layan customer lagi lama dari layan isteri.” hahaha ๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Ebay ni mudah sangat-sangat. Orang datang Ebay memang dia dah mindset nak beli. Anda cari je barang apa yang dorang ni nak.
Tunjuk jer nak beli ke tak, insyaAllah kalau harga anda tawarkan tu dia setuju, dan item description anda bagi tu buat dia paham, insyaAllah confirm dia bayar kat anda.

 Sekarang anda dah nampak tak potensi bisnes di eBay ni?

- Tak perlu fikir tentang masalah ayat copywriting
- Tak perlu keluarkan kos iklan seperti FB ads, Insta ads
- Tak perlu layan customer di whatsapp
- Tak perlu pandai tarik trafik pelawat
Kalau anda rasa artikel yang saya share ni bermanfaat dan anda nak belajar lebih lanjut, baru-baru ni sy dapat PM, whatsapp dan emel yang bertalu-talu untuk saya buatkan panduan macam mana nak buat bisnes di ebay ni.
Apa yang saya share ni cuma 5% sahaja daripada content ebook yg telah sy dokumenkan. Dalam ebook tu saya dah siapkan proses dari A to Z.
Jika anda seorang newbie atau bekas ebayer, ebook ni sesuai untuk anda belajar. Sebabnya ia adalah proven case study dan ianya easy friendly.
Keduanya, saya ajar teknik yang simple tapi powerful, anda boleh terus praktiskan. Cuma anda perlu sabar sikit. Akaun anda memerlukan tempoh 90 hari untuk kuat.
Semua step apa yang patut anda buat, bagaimana nak bermula dan macam mana cara nak jual saya ada ceritakan secara terperinci dalam ebook ni.
Pelaburan yang anda keluarkan untuk mendapatkan ilmu ini sangat berbaloi. Ilmu yang anda dapat anda boleh pakai sampai bila-bila takkan habis.
Ebook ni dah pun 100% siap.




Saya betul-betul berminat dan nak mula bertindak! Apa yang saya boleh buat? 

 

 


Jika anda betul-betul berminat untuk menjual di eBay, Tuan Zul Ariffin ada sediakan satu panduan lengkap dan beberapa pakej latihan, step-by-step untuk newbie dan juga bekas eBay-er yang mungkin tercari-cari kesilapan di eBay, yang cover topik dari mencipta akaun, membuat kajian niche, tips dan tricks untuk multi akaun, perbandingan beratus-ratus suppliers, mulakan bisnes dengan dropship sahaja dan macam-macam lagi. (Kena baca sampai bawah ni!) 


Yang lagi best...dapat ber-network dengan otai-otai yang sangat berpengalaman dan tahu banyak langkah untuk dapatkan suppliers, hantar barang semualah! 

Tak belajar..memang takkan kenal diorang ni siapa. Sebab semua low profile. 

Mulakan langkah dengan bimbingan yang betul. Fast action, fast result. 

 

Klik link di bawah untuk tempah ebook dan pakej latihan lain pada harga istimewa! Team kami akan menghantar maklumat tentang bagaimana mendapatkannya. Anda juga akan menerima updates berkenaan artikel-artikel terkini yang akan membantu anda mengorak langkah dengan lebih yakin di eBay!

 

 

>>>>>KLIK SINI (ISI NAMA &EMAIL)<<<<<

 

 

  (Kisah di atas telah dikongsikan oleh rakan/mentor kami, Zul Ariffin Maarof)

UPDATE 24 JULAI 2017: SALAH SATU PAKEJ LATIHAN YANG DISEDIAKAN OLEH TEAM TUAN ZUL ARIFFIN MAAROF IALAH PAKEJ YANG TERDIRI DARIPADA LEBIH 30++ VIDEO TUTORIAL EBAY YANG COVER STEP-BY-STEP DARIPADA ZERO DAN SANGAT SESUAI UNTUK ORANG YANG TAK PERNAH BER-EBAY ATAUPUN YANG MENCARI CARA UNTUK MENGEMBANGKAN LAGI SAYAP DI EBAY.

HARGA PAKEJ INI SEKARANG IALAH RM89 DAN HARGA INI TIDAK AKAN KEKAL DI TAHAP INI. IA AKAN DINAIKKAN KEPADA RM250 IAITU HARGA ASALNYA APABILA MASUK BULAN OGOS 2017 NANTI . 

HARGA SEKARANG ADALAH DISKAUN HAMPIR 65% DARIPADA HARGA ASAL.

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK BUKA PAGE YANG MENERANGKAN LAGI BERKENAAN PAKEJ VIDEO DIARI EBAY INTELLIGENCE INI.



SAYA MAHU TAHU LAGI BERKENAAN 

TAWARAN TERHAD PAKEJ VIDEO DIARI 

EBAY INTELLIGENCE!!!
  


Untuk updates berkenaan kerja kosong, anda boleh follow akaun Twitter kami. Kami juga boleh dihubungi di FB page kami , email kami: ezijobseeking@gmail.com atau melalui Whatsapp:01121796939