EziJobSeeking Let's go!

Thursday, 8 June 2017

Ketahui 17 Supplier Rahsia Dropship Yang Menghasilkan Jualan 5 angka Di Ebay!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar para pembaca yang budiman?
Terima kasih kerana terus menerus mengikuti blog kami. 

Kali ini kami nak dedahkan mengenai senarai suppliers yang boleh menjadi alternatif kepada anda untuk memulakan bisnes secara dropship di Ebay.
 Sebelum ni di dalam artikel terdahulu kami kupas tentang dropship dari Aliexpress.com . 

Konsep dropship nya sama, tetapi mungkin ada kelebihan dan kekurangan yang pembaca sendiri boleh bandingkan :) .

Asyik eBay je..Kenapa eBay?
Ebay bermula sekitar tahun 1995, maka ia adalah platform terawal yang fokus kepada jual beli dan sekarang ia antara medium yang paling selamat dan teratur dengan sistem yang mudah dan ini meletakkan ia sebagai tempat tujuan membeli belah bagi penduduk di luar negara. 

Orang luar terutamanya dari negara-negara maju di barat memang telah terdidik untuk membeli dan menggunakan sistem online sepenuhnya.

 Jadi jomlah kita gunakan kesempatan ini untuk menjana pendapatan sampingan.
Untuk pengetahuan anda, kesemua suppliers ini adalah suppliers China yang menggunakan Bahasa Inggeris.

 Jadi anda tak perlu risau kerana mereka faham tentang komunikasi dan penggunaan bahasa Inggeris yang paling basic pun dalam menyampaikan keperluan bisnes anda.  
 Ok, bersedia! Ada 17 websites yang kami nak kongsi untuk anda rujuk dan pilih! Kaching kaching! 
      
    1.     Banggood

·           



      Apa yang bestnya tentang syarikat ni, warehouse supplier ini ada ditempatkan di US dan EU untuk cover market di kedua bahagian ini.
·          Jadi, barang yang anda jual tu akan dapat sampai ke customer lebih cepat. Ingat tak kami sebut dalam artikel ini, servis yang pantas antara azimat menambat hati pelanggan :D
·        Lokasi bisnes ini terletak di Ghuangzhou china, terdapat lebih 70,000 produk untuk anda pilih dan ia bertambah hari demi hari, untuk dijual di market ebay.
·          Barangan utama yang dijual adalah barang-barang elektronik, gadjet dan pakaian.


 


·  

      Website buyincoins adalah website  lebih fokus kepada barang-barang elektronik dan pakaian.

    Kalau tengok nama dia pun, buy in coins, beli dengan menggunakan duit syiling. Impression yang dia berikan, kononnya tempat untuk anda beli borong atau/dan beli dengan murah. :)
·   Lokasi bisnes ini terletak di Shanghai, China, barang-barang yang dijual tidak sebanyak yang terdapat di website banggood, cuma ada 5000 pilihan barang sahaja setakat ini.
·     Tapi website ni dah boleh bagi anda pilihan yang cukup banyak untuk anda tentukan barang yang paling murah dan mudah dijual. Ada masa lapang nanti, atau ketika di hujung-hujung minggu, apa kata just spend sejam dua untuk browse, survey harga-harga barang di sini :) . 
·                                


 Chinavasion adalah berpangkalan di Hong Kong.
·    Fokus jualan website ini adalah barang-barang berasaskan barangan elektronik dan gadjet sahaja. Anda boleh try jual barang-barang elektronik yang terdapat di website ni
·      Jangan risau, mereka faham dengan konsep dropship. Seller di chinavasion.com ni dah biasa dengan program dropship. Malah boleh dikatakan kesemua website yang kami senaraikan ini mengalu-alukan dropship.
·        Barang yang terdapat di website ni ada lebih kurang 2000 jenis barang untuk anda pilih mana yang berkenan dan sesuai dengan kehendak market.
·                              

    


   CooliCool.com berpangkalan di Shenzhen, China.
·      Terdapat 5000 produk yang dijual di coolicool.com.
·       Produk utama website ini ialah barang-barang yang bersasaskan barangan elektronik, gadjet dan barang-barang sukan
·          Mereka juga ada warehouse di EU market. So, kalau nak jual di ebay.com, barang boleh sampai lebih cepat dari biasa. Takdelah customer tunggu lama sangat.
·          DaleXtreme adalah website yang ramai orang tak tahu. Ini peluang!
·        Website ini berpangkalan di Hong Kong, fokus jualan lebih kepada barang-barang gadjet sahaja.
·        Terdapat lebih kurang 160,000 produk untuk anda pilih.
·                                

  Website dhgate ni mungkin dah ramai yang tahu kewujudannya.
   Ini adalah website kedua yang popular di kalangan eBayers Malaysia selepas website aliexpress.
   Lokasi bisnes ni berpangkalan di Beijing China & terdapat lebih daripada 16 juta produk untuk anda pilih di sini.
  Fuhh banyak kan? Para dropshipper sangat-sangat dialu-alukan.
·       Dinodirect adalah berpangkalan di Hongkong. website ni masih berusia 2 tahun. ditubuhkan pada tahun 2015. Masih muda lagi laa berbanding website-website yang lain..
·           Ramai masih tak perasan lagi kehadiran website ni sebagai supplier dropship alternatif untuk ebay seller, tapi jangan pandang rendah pada supplier ni.
·           Terdapat lebih dari 130 ribu produk yang disediakan sebagai pilihan untuk di beli.
·          Barangan utama yang dijual adalah barangan fashion, barang-barang komputer dan peralatan rumah.
·         Everbuying terletak di Shenzhen China, ditubuhkan pada tahun 2007. Dah dekat 10 tahun lebih website ini beroperasi.
        Terdapat lebih daripada 15 ribu jenis barang-barang yang berasaskan elektronik, gadjet dan fashion untuk anda pilih untuk dijual di ebay. Dalam kepala admin terbayang clutch, handbag wanita. Kaching kaching!
9. Fasttech


     
      Ditubuhkan pada tahun 2012. website ini fokus pada jualan produk berasaskan elektronik dan barang-barang komputer. terdapat lebih dari 60 ribu produk untuk anda pilih.
·           Terletak di Hongkong, Kowloon Bay. Website ni tak macam aliepxress yang menghimpunkan begitu banyak pembekal-pembekal. Website ni cuma dari satu entiti sahaja   (1 company sahaja)
10. GearBest
·                                 


    Berpangkalan di Shenzhen china, menjual produk berasaskan barangan eletronik, gajet dan fashion lelaki. terdapat lebih dari 30 ribu produk untuk dipilih.
·         Ditubuhkan agak baru lagi, iaitu pada tahun 2014. Bagus untuk pembaca gunakan sebagai sumber baru selain daripada aliexpress.
·                                  


   Berpangkalan di Shenzen juga, dan ditubuhkan pada tahun 2009. Barangan yang dijual lebih kepada barang-barang elektronik dan gajet.
·   Terdapat lebih dari 20 ribu jenis produk untuk anda pilih.
·                   

             

   Berpangkalan di beijing china, ditubuhkan pada tahun 2007. terdapat lebih daripada 400 ribu jenis produk.
·  Barangan yang dijual lebih fokus kepada apparel dan small accessories. Terdapat desas desus yang mengatakan Lightinthebox antara pilihan utama dropshipper Shopify. Jadi ini memberi kita idea reputasi dan prestasi syarikat ini. Walau bagaimanapun, di akhir artikel, kami akan sertakan cara untuk anda menyemak performance, customer service setiap syarikat ini :) .
·                                
    Berpangkalan di beijing china, lebih kurang macam website Lightinthebox.Tua setahun je dari Lightinthebox.
·   Fokus barang-barang yang berasaskan elektronik dan gajet. terdapat lebih daripada 350 ribu produk untuk anda pilih
14 SammyDress

Berpangkalan di Shenzhen china, ditubuhkan pada tahun 2011.
p   Produk utama yang dijual adalah produk fashion, mainan, produk peralatan rumah dan pakaian serta fashion style terkini pada harga yang murah.
     Ada lebih daripada 100 ribu jenis produk untuk anda pilih dan jual di ebay
15. SheIn


     Berpangkalan di California dimiliki oleh syarikat China, website ni special sikit. Lokasinya terletak di USA. So kalau anda nak jual pada harga yang lebih mahal sikit pun takda masalah sebab barang yang anda hantar dapat di hantar lebih cepat ke customer. Anda tinggikan sedikit harga dan tawarkan free shipping untuk penduduk warga USA, wah menggiurkan tu.
     Ditubuhkan pada tahun 2008, fokus pada produk fashion wanita sahaja. Ada lebih kurang 10 ribu jenis pilihan untuk anda iklankan di store ebay anda
16. TinyDeal
·                               


     Berpangkalan di Shenzhen, China, satu lagi website yang fokus pada produk berasaskan elektronik dan gadjet. Kenapa asyik gadjet dan barangan elektronik? Anda jangan terkejut, bisnes-bisnes di China lebih peka kepada trend yang mendapat permintaan, dan apa-apa perubahan semasa. Ingat pilihanraya USA antara Trump dan Clinton, mereka sudah lama menghasilkan tshirt dengan wajah kedua-dua mereka tercetak atasnya, Maka, apa yang berlaku sekarang adalah kerana inilah trend yang sedang hangat dan mereka yakin dengan potensi pasarannya.
·       Ada lebih daripada 50 ribu jenis produk pilihan untuk anda jual di ebay. Ia ditubuhkan pada tahun 2007.
17 Tmart


   Berpangkalan di Hongkong. Ditubuhkan pada tahun 2009. Produk utama adalah barang-barang elektronik sahaja.
·   Terdapat lebih daripada 60 ribu jenis produk untuk anda pilih.
 *****
Ok, kami dah kongsikan 17 jenis website yang boleh anda jadikan sebagai sumber yang anda boleh pilih selain daripada website Aliexpress.com.
Sekarang ni apa yang anda perlu lakukan adalah buat research, research dan research untuk kenalpasti barang apa yang anda nak jual di ebay. 

Banyaknya kerja. 

Ini semua kerja sebelum anda jumpa niche yang hangat, dan segalanya berlaku di komputer anda. 

Bila dah jumpa niche yang hangat, boleh minum kopi sambil klik sana sini menyiapkan kedai eBay anda :) dan tunggu order masuk.

 Kaching kaching!

Selamat ke? 
Jangan risau kesemua website ini adalah trusted sellers. 

Kalau anda risau dan tak percaya, boleh try order satu barang dulu dan post ke alamat rumah anda.
Barang-barang yang dijual juga adalah berkualiti dan berpatutan dengan harganya berbanding barangan yang sama yang anda beli di Malaysia.

Tugas anda sekarang adalah spend sedikit masa untuk study kesemua website ini dan cari barang yang paling anda berkenan dan ada demand untuk anda iklankan di akaun Ebay anda.

Anda juga boleh melawat website ini, antara website yang menyediakan review, discussion dan feedback dari pelanggan yang telah menggunakan website-website yang kami kongsikan.

Antara ulasan pengguna yang memberitahu isu-isu yang kita risau dalam menjaga reputasi kita sebagai seller.


 Ada di antara review negatif akan mendapat perhatian secara langsung oleh syarikat yang dibincangkan. Bagus kan? Telus dan menyenangkan hati.

Seorang pengguna meluahkan ketidakpuasan hati beliau dan Geekbuying, syarikat yang terlibat telah memberi respon :).


Klik sini https://www.trustpilot.com/
Kemudian taipkan nama website atau syarikat di ruangan carian.
*****


Follow twitter ezijobseeking untuk updates berkenaan kerja kosong di serata Malaysia dalam pelbagai sektor industri!  
 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh email kami di ezijobseeking@gmail.com , atau pm kami di FB page kami, atau tinggalkan komen di bawah :) .  Team kami akan melayan sebarang persoalan.